Cepatnya masa berlalu

Tup tap tup tap, bila tengok masa, tengok kalendar. Ya Allah, cepat nya masa berlalu. Kenapa terlalu cepat dan pantas, HANYA ENGKAU YANG TAHU. 24/7 ibarat dah tiada apa apa. Bangun, mula kan runtin harian, balik dan tidur. Memang segalanya begitu pantas. Usia semakin meningkat. Dan sekarang dah pun masuk november 2011. Esok lusa, dah masuk tahun 2012. Mungkin di setiap yang jadi ada hikmah. Kita hanya menumpang di duniaNYA, dan akan kembali ke tempat asal kita pada bila bila masa sahaja. Ntah lah, atien sendiri tak berani nak kata kan apa apa, terlalu banyak perubahan yang berlaku pada diri atien sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah perubahan yang membuatkan atien makin bersabar, tabah, kuat untuk terus menghampiri-NYA. Atien berharap atien akan terus menerus dengan perubahan ni. Insyaallah. October , terlalu banyak kenangan yang manis dan pahit buat atien. October juga memberi atien sejuta makna dan anugerah yang tidak ternilai. Atien tak akan lupa setiap detik yang berlaku pada October.
Semoga NOVEMBER ni memberi atien pengertian dalam kehidupan sebenar. Amin.

No comments:

Post a Comment