
* maafkan aku mungkin selama ini aku cuai, aku leka untuk menjadi seorang sahabat yang terbaik untuk engkau. tetapi jangan lah kau lupa, kenangan kita terlalu banyak mengajar aku erti kekuatan, kesabaran. engkau tiada di kala aku perlu kan engkau. mungkin sekarang semua nya tidak seperti dulu, gelak tawa bersama, gurau senda, sedey manje, engkau yang menemani diri ini. engkau yang selalu aku ingat, selalu aku rindu kan. mungkin sekarang engkau bersuka ria bersama teman teman baru engkau, tetapi aku disini? disini terkenangkan kenangan kite. becrita segalanya bersama.
adakah engkau lupe semua tuh. setiap hari, aku ingin khabar daripada engkau, adakah engkau masih pedulikan aku sebagai seorang sahabat engkau. yang pernah engkau sanjung ketika dulu? mungkin juga engkau sudah punyai seorang sahabat lain yang engkau boleh mengadu nasib, lebih baik daripada aku disini, mungkin?
aku cuma insan yang biasa, yang hanya boleh mendengar rintihan, boleh melihat gelagat, boleh bercakap memberi nasihat, pandangan. tetapi aku juga tidak pandai bermain, menelan kata kata nasihat aku sendiri. tetapi pernah tak engkau ingat yang kita akan bersahabat sampai bila bila. yah aku sedar, mungkin kita ta kan dapat kembali seperti dahulu. aku akan tetap, tetap ada di sini jika engkau masih perlu kan aku sebagai seorang sahabat. kerana aku, aku sangat merindui engkau.
No comments:
Post a Comment